- Blog
Sabtu, 21 Ogos 2010
Jumaat, 13 Ogos 2010
hari ini telah masuk hari ketiga puasa. tahun ini merupakan tahun kedua aku berpuasa sebagai anak rantau. berjauhan dari keluarga tercinta. setiap kali aku teringatkan ayahanda dan bonda di kampung. rindu sangat dengan mereka. insya allah aku akan balik 4 september nanti. untuk merayakan lebaran bersama keluarga. tunggu kedatangan anakanda..
Jumaat, 6 Ogos 2010
kursus kesusasteraan multimedia adalah satu kursus yang amat berguna bagiku. banyak perkara baru telah dipelajari. antaranya adalah untuk mewujudkan blog, membuat video klip dan banyak lagi. selain itu, kursus ini juga amat menggalakkan kerja berkumpulan dan kerjasama antara ahli amat penting. sesungguhnya pengalaman yang diperolehi ini amat berharga.
entah kenapa aku sendiri pun tak mengerti apa sebenarnye perasaanku sekarang ini. semuanya ada terasa. gembira,suka, duka, pilu, semuanya ada. semalam aku jua terasa gembira sedikit kerana perkara yang tak kujangka berlaku.. tak sangka semalam aku dapat jua berjumpa dengannya. tetapi hatiku tidak segembira selalu.. sebabnye biarlah aku sendiri yang tahu...
Rabu, 4 Ogos 2010
- puasa
UPM
aku amat gembira setelah mendapat khabar bahawa permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ke UPM telah berjaya. dahulu ku pernah terfikir bahawa sudah tiada peluang lagi untuk menyambung pengajianku. namun, aku amat bersyukur kepada Ilahi kerana memberikan kesempatan ini kepadaku. aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga beroleh kejayaan yang daku idamkan selama ini dan mendapat segulung ijazah yang tidak ternilai harganya.
- memandu
- nenek dan datuk
- adik
- saratok
- kesetiaan
- gitar
- cikgu

