CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Oktober 2010

AZ Penawar Hati 2 Selawat Syifa



marilah bersolawat... tenangkan hati.....

Edcoustic - Muhasabah Cinta





Warkah ke syurga



renung-renungkanlah............

Cinta Suci



CINTA DAN ANUGERAH

bagiku, cinta itu adalah anugerah terindah daripada Allah. aku amat bersyukur kerana kehadiran seseorang insan itu telah mengajarku erti cinta sebenar. aku tetap bersyukur dan gembira di atas kehadirannya dalam hidupku. aku amat menyayanginya. dan aku tetap berdoa kepada Yang Maha Esa, dialah jodohku... Amin....


IMPIANKU

tak sabar rasanya aku untuk merasakan saat konvo. kini, setelah hampir tiga tahun aku bergelar mahasiswi di UPM dan ini merupakan tahun akhir bagiku, tak sabar rasanya untuk menyarungkan jubah di hari konvo ku nanti. Mesti orang tuaku juga akan bangga apabila melihat aku menyarungkan jubah pada masa itu. itulah hadiah bermakna bagiku untuk mereka. jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu ku balas.. pada masa menghadiri konvo saudaraku, aku berpeluang juga menyarungkan jubah tersebut dan amat terasa sekali auranya...




KONVO

pada 18oktober lepas, aku berpeluang menghadiri konvo beberapa orang saudaraku di UPM ini. mereka mengambil program Pendidikan Jarak Jauh... pada hari itu aku amat gembira kerana di UPM ini dapat berjumpa dengan mereka. seketika aku berasa berada di kampung pula.. aku juga amat bgga melihat mereka menyarungkan jubah konvo itu. sebagai pelajar tahun akhir UPM, tidak sabar rasanya aku untuk menikmati suasana seperti itu juga insya allah pada tahun hadapan. oleh kerana perasaanku itu, aku meminta izin jua untuk menyarungkan jubah tersebut dan amat terasa auranya.. hampir menitis juga air mata di saat itu seolah-olah aku konvo jua pada hari itu. tidak tergambar betapa gembiranya di saat itu nanti lebih-lebih lagi bersama dengan orang-orang yang tersayang...

MAYA..

Kesusasteraan dalam Multimedia adalah merupakan subjek baru yang memberi pelbagai ilmu berguna. banyak ilmu baru telah dipelajari. walaupun kekadang terasa penat kerana perlu menyiapkan pelbagai tugasan, namun keberhasilannya amatlah memuaskan dan segala ilmu itu dapat memberi manfaat berguna pada masa hadapan. selain itu, gaya penyampaian yang tersendiri oleh pensyarahnya iaitu Dr Normaliza amat berkesan dan aku berasa amat seronok kerana berpeluang menuntut ilmu dengannya terutamanya semasa kelas Kesusasteraan dalam Multimedia. walaupun pada mulanya dahulu aku berpendapat bahawa Dr seorang yang tegas dan terasa takut pabila masuk kelas pada hari pertama dahulu.. kini, aku amat merindui Dr yang berada jauh nun di sana. ku berdoa semoga Dr sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. terima kasih Dr...