33) mula-mula buang kulit, lepas tu disapu bedak, lepas tu pulak terjun ke dalam kolam dan akhirnya dinaikkan ke tebing..
Jumaat, 30 Julai 2010
31) bertulang seperti ikan, panjang seakan zirafah, kekadang di atas, kekadang di bawah, betul kedudukan buat orang senang, salah kedudukan buat orang susah.
28) di puncak gunung nampak menawan
ditiup angin berarak pergi
warnanya putih sangat menawan
terletak di tempat paling tinggi
7) terbang megah si burung helang,
hinggap sebentar ke tengah padang,
kalau tuan orangnya luas pandang,
berapa jam kah dari kl ke sibu naik kapal terbang?
6)benda apakah yang mendatangkan sengsara kepada yang bawah dan kegembiraan pula pada yang atas apabila ditarik?
pergi ke sawah menanam padi,
singgah sebentar di rumah pak ali,
kalau tuan bijak bestari,
apakah nama kampung yang saya cintai?
3) duduk di tengah orang, terletak pada nama, ada pada bapa, tapi tiada pada ibu, sedikit pada kasih , banyak pada sayang. apakah ia?
1. mulutnya di kepala
hidungnya di kepala
matanya di kepala
badannya di kepala
tekalah binatang apa?
Khamis, 22 Julai 2010
SIAPA AKU DI SISI TUHANKU
SIAPA AKU DI SISI TUHANKU
Subuhnya, masih enak dalam kelambu rindu
sambil masa bagaikan menderu
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di sisi tuhanku
Zohornya, aku lebih memikirkan kelaparan,kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan duniawi
aku gembira membilang keuntungan
sambil terlupa betapa besarnya kerugian menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di sisi tuhanku
Asarnya, aku lupa warna masa yang cepat berubah
bagaikan ditolak-tolak
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita tentang keduniaan
siapa aku di sisi tuhanku
Maghribnya, aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
tidak terasa ruang masa yang singkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di sisi tuhanku
Isyaknya, kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
membiarkan kelesuan menggangguku dan rela terlena
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan tuhanku
Sehingga kini
aku masih tertanya-tanya sampai bila aku melambatkan sujudku
namun aku perlu berubah menjadi insan yang taat
kerana tiada panggilan yang lebih utama daripada panggilan Ilahi
dan solat jua adalah tiang agama serta bekalan utama di sana.
Khamis, 15 Julai 2010
Kita Sebenarnya...
kita sebenarnya lebih gembira
menyambut 1 januari daripada
1 muharram
kita sebenarnya lebih tahu..
apa itu 14 februari daripada
12 rabiul awal
kita sebenarnya lebih membesarkan
hari sabtu, ahad daripada
hari jumaat
kita sebenarnya lebih khusyuk
mendengarkan lagu
daripada mendengarkan azan
kita sebenarnya lebih suka lepak,
tidur, tengok tv daripada
sembahyang
kita sebenarnya lebih2 suka
menyebut hello.. hai.. daripada
assalamualaikum
kita sebenarnya lebih suka
menyanyi dangdut daripada
berwirid, bertahmid..
kita sebenarnya lebih suka
memuji manusia daripada
pencipta kita sendiri
kita sebenarnya lebih suka membaca
majalah hiburan daripada
buku-buku agama
kita sebenarnya lebih suka
konsert, karaoke daripada
ceramah agama
kita sebenarnya lebih2 suka
memaki, mengumpat orang
daripada memuji mereka
kita sebenarnya lebih cintakan
urusan dunia daripada
urusan akhirat
tetapi bila orang tanya arah tujuan kita..
kita pasti akan jawab
KITA SEBENARNYA LEBIH SUKA
MENUJU KE SYURGA
DARIPADA KE NERAKA...
layakkah kita dengan SYURGA
milik Allah swt..
renung-renungkan...
hakikat...
Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Ikhlas doaku....
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuh cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malamMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi.

