SIAPA AKU DI SISI TUHANKU
Subuhnya, masih enak dalam kelambu rindu
sambil masa bagaikan menderu
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di sisi tuhanku
Zohornya, aku lebih memikirkan kelaparan,kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan duniawi
aku gembira membilang keuntungan
sambil terlupa betapa besarnya kerugian menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di sisi tuhanku
Asarnya, aku lupa warna masa yang cepat berubah
bagaikan ditolak-tolak
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita tentang keduniaan
siapa aku di sisi tuhanku
Maghribnya, aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
tidak terasa ruang masa yang singkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di sisi tuhanku
Isyaknya, kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
membiarkan kelesuan menggangguku dan rela terlena
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan tuhanku
Sehingga kini
aku masih tertanya-tanya sampai bila aku melambatkan sujudku
namun aku perlu berubah menjadi insan yang taat
kerana tiada panggilan yang lebih utama daripada panggilan Ilahi
dan solat jua adalah tiang agama serta bekalan utama di sana.
Khamis, 22 Julai 2010
SIAPA AKU DI SISI TUHANKU
Dicatat oleh ISMAWANI di 2:43 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan