CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 1 September 2010

TEKA TEKI DAN JAWAPANNYA

1. mulutnya di kepala
hidungnya di kepala
matanya di kepala
badannya di kepala
tekalah binatang apa?
jawapan:kutu

2)24434
kalau tuan bijak bestari,
tekalah maksud nombor-nombor ini.
jawapan:jumlah rakaat solat 5 waktu

3) duduk di tengah orang, terletak pada nama, ada pada bapa, tapi tiada pada ibu, sedikit pada kasih , banyak pada sayang. apakah ia?
jawapan:huruf 'a'

4)apakah yang makin hari makin bertambah?
jawapan:umur


5)pergi ke sawah menanam padi,
singgah sebentar di rumah pak ali,
kalau tuan bijak bestari,
apakah nama kampung yang saya cintai?
jawapan:saratok

6)benda apakah yang mendatangkan sengsara kepada yang bawah dan kegembiraan pula pada yang atas apabila ditarik?
jawapan: alat pemancing dengan ikan.

7) terbang megah si burung helang,
hinggap sebentar ke tengah padang,
kalau tuan orangnya luas pandang,
berapa jam kah dari kl ke sibu naik kapal terbang?
jawapan: 1 jam 50 minit

8) bunga apa yang buruk warnanya?
jawapan: bunga tayar

9) kenapa telur ayam pabila direbus isinya akan keras,
tetapi tidak pula pada telur penyu?
jawapan: sebab pada telur ayam ada lubang@ liang2 tapi tak terdapat pada telur penyu

10) dalam banyak-banyak benda,
benda apakah yang paling cepat tarikh luputnya?
jawapan: surat khabar

11) pakai baju selendang baldu,
kenapakah hatiku sering merindu?
jawapan: kerana merindui keluarga di kampung

12) masa kecil berbaju hijau bila tua berbaju merah..
apakah ia?
jawapan: cili

13) apa yang sering mengingatkan kita?
jawapan: masa

14) binatang apakah yang unik ekornya?
jawapan: tupai

15) apa yang hanya pandai naik tapi tak pandai turun
jawapan: usia

16) antara langit dan bumi, apakah yang di tengah-tengah?
jawapan: 'dan'

17) dalam banyak-banyak kenderaan, kenderaan apa yang paling tua?
jawapan: motosikal, kerana memerlukan tongkat

18) masa hidup kita menyanyi, masa mati kita tepuk tangan.
jawapan: semasa nyalaan lilin kek hari jadi pada sambutan ulang tahun

19) kebanyakan bintang di langit,
tapi ada satu bintang hidup di lautan,
apakah ia?
jawapan: tapak sulaiman

20) hadirnya kita suka,
hilangnya kita sengsara
jawapan: cinta

22) dalam banyak-banyak buah, buah apa yang baik hati?
jawapan: buah pisang kerana mengeluarkan jantungnya

23) bangsa apakah yang paling unik di malaysia?
jawapan: bangsa Melayu

25) badannya lurus bermata satu..
jawapan: batang mancis

26) kecil segan, besar tak malu,
apakah ia?
jawapan:

27) berapi tidak berasap
ghaib disangka mati
jawapan: kilat

28) kepala putih, kaki merah,
pagar di dalam, tebing di luar
jawapan: gigi dan gusi

29) biasanya semakin diisi semakin berat,
tetapi benda ini semakin diisi semakin ringan,
apakah ia?
jawapan: belon

30) dalam banyak-banyak tumbuhan,
tumbuhan apakah yang bersopan santun
jawapan: daun semalu

31) bertulang seperti ikan, panjang seakan zirafah, kekadang di atas, kekadang di bawah, betul kedudukan buat orang senang, salah kedudukan buat orang susah.
jawapan: antena televisyen

32) badannya tegak, tidak bertangan tidak berkaki, tapi berkepala hitam. apakah ia?
jawapan: batang mancis

33) mula-mula buang kulit, lepas tu disapu bedak, lepas tu pulak terjun ke dalam kolam dan akhirnya dinaikkan ke tebing..
jawapan: kopek pisang untuk buat pisang goreng

34) dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang tidak berseri?
jawapan: bunga @ faedah pinjaman di bank

35) sebuah kapal terbang terhempas dan terbabas ke dalam gua.... akan keluar kat mana?
jawapan: keluar dalam berita








0 ulasan: